Logo weiterlesen.de
Sejarah Perkembangan Pelaburan Asing Dalam Pembentukan Ekonomi Malaysia: Zaman Kolonial-Pasca Merdeka

Uqbah Iqbal, Nordin Hussin

Sejarah Perkembangan Pelaburan Asing Dalam Pembentukan Ekonomi Malaysia: Zaman Kolonial-Pasca Merdeka





BookRix GmbH & Co. KG
80331 Munich

Sejarah Perkembangan Pelaburan Asing Dalam Pembentukan Ekonomi Malaysia: Zaman Kolonial-Pasca Merdeka

SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN ASING DI MALAYSIA

 

      Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap tahap sebelumnya, dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli, khususnya bijih timah dan getah yang bermula dari pertengahan abad ke-19 sehingga tahun 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan industri sumber asli dalam tempoh antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas tahun 1945.[1] Untuk tujuan kelancaran dan konsistensi dalam memahami sejarah perkembangan pelaburan asing pada zaman kolonial British dan zaman pasca-kolonial Malaysia, sejarah perkembangan pelaburan asing di Tanah Melayu[2] akan dianalisis terlebih dahulu. Latar belakang kajian akan menumpukan Tanah Melayu kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Namun, sumbangan pembentukan ekonomi Sabah dan Sarawak kepada pembentukan ekonomi Malaysia tidak dapat dinafikan.

 

    Pada zaman kolonial British di Tanah Melayu, pelaburan asing tertumpu dalam sektor getah dan bijih timah[3] dengan British merupakan penyumbang utama modal pelaburan.[4] Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Kemasukan orang Cina bersama kaedah-kaedah perlombongan yang lebih baik, iaitu secara lombong dedah dan lombong pam dalam telah memperkembangkan perusahaan ini hingga Tanah Melayu menjadi pengeluar dan pengeksport bijih timah terbesar di dunia pada awal tahun 1900-an. Pemerintahan British yang memperkenalkan Sistem Residen dan penggunaan kapal korek oleh pengusaha Eropah telah memesatkan lagi kemajuan perusahaan bijih timah. Ini dibantu lagi dengan pembinaan jalan kereta api dan jalan raya yang telah memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport. Pada tahun 1885, jalan kereta api yang pertama telah dibina menghubungkan Taiping dan Port Weld. Kemajuan pengangkutan ini telah membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong baru dan seterusnya meningkatkan pengeluaran bijih timah.

 

       Masalah kekurangan buruh telah diatasi oleh British dengan menggalakkan dasar penghijrahan buruh dari China. Bagi melancarkan urusan perlombongan, pentadbiran telah dikemas kini dengan memperkenalkan kerja ukur tanah lombong bagi menentukan sempadan dengan tepat dan mengelakkan pergaduhan antara pelombong. Usaha-usaha yang dijalankan British ini terbukti telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu dan meningkatkan produktiviti perlombongannya. Kepesatan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu adalah disebabkan permintaan tinggi di pasaran dunia, ekoran Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah. Bijih timah sangat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan iaitu sebagai penyadur tin bagi mengelakkan tin daripada berkarat dan menjamin makanan selamat digunakan.

 

        Perubahan dalam revolusi pengangkutan di Eropah telah membawa kepada penemuan dan penciptaan motokar yang memerlukan getah sebagai tayar berangin bagi kenderaan itu.[5] Semasa ledakan harga getah pada tahun 1909-11,[6] pelabur British berminat untuk melabur dalam syarikat getah di pasaran modal British[7] kerana syarikat getah British meraih keuntungan besar yang membolehkan mereka untuk membayar dividen setinggi 30 ke 40 peratus.[8] Ledakan harga getah tahun 1909-1911 juga mendorong Jepun untuk melabur modal dalam tanaman getah di Tanah Melayu.[9] Kepentingan getah Jepun membawa kepada penubuhan Japanese Planters’ Association di Singapura pada tahun 1912.[10]

 

         Syarikat-syarikat perdagangan British seperti Harrison and Crosfield, Bousted Buttery Estate Agency, Guthrie and Company, Barlow and Company, dan Sime Darby[11] memainkan peranan penting dalam memastikan penguasaan British ke atas industri getah. Syarikat-syarikat perdagangan ini telah terlibat dalam perdagangan eksport dan import Tanah Melayu selama beberapa dekad sebelum pengenalan getah lagi, dengan reputasi baik dalam integriti kewangan di British dan Tanah Melayu.[12] Mereka juga mempunyai jaringan dengan komuniti penanaman Eropah, pegawai-pegawai kerajaan, dan berpengalaman dalam sektor ekonomi di Tanah Melayu. Syarikat-syarikat perdagangan ini menjadi pengantara antara sumber modal asing, pelabur British, dan pengguna modal asing iaitu industri perladangan di Tanah Melayu. Selain pelabur British, pelabur dari Eropah dan syarikat industri Barat yang berasaskan getah turut melabur ketika harga getah melambung, walaupun penglibatannya kurang ketara.[13] Keghairahan modal Amerika Syarikat[14]

Wollen Sie wissen, wie es weiter geht?

Hier können Sie "Sejarah Perkembangan Pelaburan Asing Dalam Pembentukan Ekonomi Malaysia: Zaman Kolonial-Pasca Merdeka" sofort kaufen und weiterlesen:

Amazon

Apple iBookstore

ebook.de

Thalia

Weltbild

Viel Spaß!



Kaufen






Teilen