Logo weiterlesen.de
Sejarah Pelaburan Bijih Besi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua

Uqbah Iqbal, Nordin Hussin

Sejarah Pelaburan Bijih Besi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua





BookRix GmbH & Co. KG
80331 Munich

SEJARAH PELABURAN BIJIH BESI JEPUN DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

ABSTRAK

 

Artikel ini membincangkan pelaburan bijih besi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Kajian ini akan melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada pelaburan bijih besi Jepun, dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaburan ini. Selain itu, kajian ini juga akan melihat dasar kerajaan British dalam membantu pelaburan bijih besi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Kajian menunjukkan selain galakan daripada kerajaan British, perlombongan bijih besi Jepun juga membantu dalam memajukan industri keluli dan besi di Jepun. Kedua-dua faktor utama ini telah menimbulkan minat para pelabur Jepun untuk melabur dalam sektor bijih besi di Semenanjung Tanah Melayu. 

 

Kata Kunci: Bijih besi, British, Jepun, Pelaburan, Semenanjung Tanah Melayu

 

ABSTRACT

 

This study analyzes the Japanese iron ore investment in the Malay Peninsula before the Second World War. The research is based on the method of examination of the resources available in the library and the National Archives of Malaysia. This study will examine the factors that contribute to the Japanese iron ore investment, as well as the parties involved in making this investment. In addition, this study will also look at the policy of the British government to help Japanese iron ore investment in the Malay Peninsula. Studies show besides encouragement from the British government, the Japanese iron mining also helps in developing the steel and iron industry in Japan. These two main factors have raised the interest of Japanese investors to invest in the iron ore sector in the Malay Peninsula.

 

Keywords: Iron ore, British, Japanese, Investment, Malay Peninsula

 

PERLOMBONGAN BIJIH BESI JEPUN DI JOHOR

 

      Tumpuan perlombongan besi di Johor adalah yang dimiliki olehSyarikat ISK,[1] yang mempunyai hubungan baik dengan pegawai kerajaan negeri kerana hasil yang disumbang kepada perbendaharaan. Syarikat ISK ditubuhkan oleh Hirochiro Ishihara[2] di Singapura pada bulan November 1920, sebagai cawangan kepada syarikat Nanyo Kogyo Koshi (NKK) yang ditubuhkan beliau di Jepun pada bulan September 1920.[3] Pada bulan Januari 1921, ISK telah mengeksport bijih besi dari Batu Pahat, Johor ke Jepun buat kali pertama. Ini merupakan eksport bijih besi pertama dari Semenanjung Tanah Melayu.[4]      

 

        Pada tahun 1928, eksport bijih besi Johor membekalkan 40% daripada jumlah keseluruhan bahan mentah yang diperlukan Jepun untuk industri besi dan keluli.[5] Pengembangan industri perlombongan bijih besi di Johor telah diperkukuhkan lagi apabila pada tahun 1931, bijih besi telah menjadi hasil kedua terbesar dan tidak seperti perlombongan mineral yang lain, perlombongan bijih besi terbukti tidak berbahaya kepada pertanian kerana penggunaan kawasan yang kecil.[6] Pertanian merupakan salah satu tunggak ekonomi Johor dan sebarang kesan buruk ke atasnya akan membatalkan segala manfaat yang diperoleh daripada perlombongan besi.

 

        Pada bulan Ogos 1931, Tochigi Shoji Kaisha (TSK) telah mendapat kebenaran melombong bijih besi di sekitar Muar, Johor. Walaupun TSK telah cuba menjalankan operasi perlombongan bijih besi di kawasan tersebut, namun operasinya telah diberhentikan kerana TSK mengetahui bahawa kawasan tersebut tidak mengandungi banyak bijih besi.[7] Pada tahun 1932, TSK telah menjalankan “prospecting”bijih besi di sekitar Gunung Jerai, Kedah.[8] Bagaimanapun syarikat tersebut tidak meneruskan operasi perlombongan bijih besi kerana tidak terdapat bijih besi yang mencukupi untuk membuka lombong.[9] Selain dari bijih besi, TSK telah menunjukkan minat terhadap bijih ilmenit di Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1935 Okabayashi dan Oyashi, wakil TSK telah membeli bijih ilmenit dari Ulu Klang Ltd, sebuah syarikat perlombongan bijih timah di Selangor. Bijih ilmenit yang dibeli oleh TSK diangkut dengan keretapi dari Selangor ke Hodai Company di Singapura. Sebanyak 2,544 pukal ilmenit telah dikirim ke Hodai Company oleh TSK dalam tahun 1935.[10]

 

        Apabila Syarikat ISK yang telah sekian lama melombong di Pantai Barat Johor memohon bagi prospek deposit besi yang diketahui wujud di Endau di Pantai Timur Johor, berbagai galakan telah diberikan kepadanya.

Wollen Sie wissen, wie es weiter geht?

Hier können Sie "Sejarah Pelaburan Bijih Besi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua" sofort kaufen und weiterlesen:

Amazon

Apple iBookstore

ebook.de

Thalia

Weltbild

Viel Spaß!



Kaufen






Teilen