Logo weiterlesen.de
Cover zur kostenlosen eBook-Leseprobe von »Sejarah Pelaburan Bijih Besi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua«

Sejarah Pelaburan Bijih Besi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua

BookRix


Artikel ini membincangkan pelaburan bijih besi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Kajian ini akan melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada pelaburan bijih besi Jepun, dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaburan ini. Selain itu, kajian ini juga akan melihat dasar kerajaan British dalam membantu pelaburan bijih besi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Kajian menunjukkan selain galakan daripada kerajaan British, perlombongan bijih besi Jepun juga membantu dalam memajukan industri keluli dan besi di Jepun. Kedua-dua faktor utama ini telah menimbulkan minat para pelabur Jepun untuk melabur dalam sektor bijih besi di Semenanjung Tanah Melayu.

Leseprobe lesen
Web-Ansicht
Download
EPUBMOBI
AZW/KF8
Kaufen

Empfehlen

Cover zur kostenlosen eBook-Leseprobe von »Sejarah Perkembangan Pelaburan Asing Dalam Pembentukan Ekonomi Malaysia: Zaman Kolonial-Pasca Merdeka«

Sejarah Perkembangan Pelaburan Asing Dalam Pembentukan Ekonomi Malaysia: Zaman Kolonial-Pasca Merdeka

BookRix


Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap tahap sebelumnya, dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli, khususnya bijih timah dan getah yang bermula dari pertengahan abad ke-19 sehingga tahun 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan industri sumber asli dalam tempoh antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas tahun 1945. Untuk tujuan kelancaran dan konsistensi dalam memahami sejarah perkembangan pelaburan asing pada zaman kolonial British dan zaman pasca-kolonial Malaysia, sejarah perkembangan pelaburan asing di Tanah Melayu akan dianalisis terlebih dahulu. Latar belakang kajian akan menumpukan Tanah Melayu kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Namun, sumbangan pembentukan ekonomi Sabah dan Sarawak kepada pembentukan ekonomi Malaysia tidak dapat dinafikan.

Leseprobe lesen
Web-Ansicht
Download
EPUBMOBI
AZW/KF8
Kaufen

Empfehlen

Cover zur kostenlosen eBook-Leseprobe von »Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan«

Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan

BookRix


Kajian ini akan menganalisis sejarah perkembangan nasionalisme Melayu dalam menentang kuasa-kuasa Barat, khususnya British di Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Kajian ini akan dimulakan dengan merungkai terlebih dahulu sejarah awal perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Kedatangan kuasa-kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan British ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai Bumi Emas dan Semenanjung Emas oleh bangsa asing. Tanah Melayu telah dijajah selama lebih 400 tahun sejak penjajahan Portugis pada 1511. Apabila British menguasai Tanah Melayu, kemasukan pemikiran pro-Barat mereka telah mewujudkan konflik dengan masyarakat Melayu. Kajian ini akan memfokus kepada pensejarahan masyarakat Melayu bagi melihat sejarah perkembangan nasionalisme Melayu dan pihak-pihak yang terlibat dalam penentangan terhadap British. Selepas negara berjaya mencapai kemerdekaan, perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1982 dilihat menamatkan konflik berterusan antara pemikiran Pro-Barat yang dibawa penjajah dan semangat nasionalisme Melayu, dengan model Jepun yang mewakili model Timur telah menggantikan model Barat yang sekian lama mendominasi kehidupan masyarakat Melayu seawal penguasaan Portugis di Melaka pada tahun 1511.

Leseprobe lesen
Web-Ansicht
Download
EPUBMOBI
AZW/KF8
Kaufen

Empfehlen

Cover zur kostenlosen eBook-Leseprobe von »Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial«

Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial

BookRix


Kajian ini menganalisis sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan juga sifat ekonomi masyarakat Melayu di kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung Tanah Melayu era pra-kolonial. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Objektif kajian adalah merungkai sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dari sudut perspektif dunia Melayu, sifat ekonomi masyarakat Melayu era pra-kolonial, dan kesan perdagangan antarabangsa ke atas ekonomi Semenanjung Tanah Melayu pada masa ini. Semenanjung Tanah Melayu menjadi fokus kajian kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu akan memfokus kepada kawasan Pantai Timur dan utara. Sementara kajian-kajian yang diterbitkan oleh sarjana Barat lebih memberi penekanan terhadap negeri-negeri di kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, majoriti masyarakat Melayu pada masa itu tertumpu di kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung Tanah Melayu. Berbeza dengan hasil kajian sarjana Barat, kajian ini akan melihat sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu dari sudut perspektif dunia Melayu itu sendiri. Ia membolehkan penyiasatan yang mendalam terhadap sejauh mana struktur sosio-ekonomi orang Melayu berubah hasil perdagangan antarabangsa. Hasil dapatan kajian menunjukkan masyarakat tradisional tempatan dilihat mempunyai kehidupan sosio-ekonomi yang tersendiri, dengan struktur politiknya berbentuk feudalisme serta terdiri daripada satu masyarakat tunggal sebelum kedatangan kolonialisme British.

Leseprobe lesen
Web-Ansicht
Download
EPUBMOBI
AZW/KF8
Kaufen

Empfehlen

Cover zur kostenlosen eBook-Leseprobe von »Kepentingan Jepun Dalam Landskap Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Semasa Perang Dunia Kedua«

Kepentingan Jepun Dalam Landskap Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Semasa Perang Dunia Kedua

BookRix


Kajian ini akan menganalisis dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Kajian akan menumpukan Semenanjung Tanah Melayu kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Sektor-sektor yang menjadi tumpuan kajian ialah sektor makanan, pengangkutan, pembuatan, tanaman getah, tanaman komersial lain, perkayuan, perlombongan bijih timah, bauksit, bijih besi dan arang batu. Sepanjang pendudukan Jepun, keadaan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu tidak berkembang. Ini kerana British sebelumnya telah menjalankan Dasar Bumi Hangus. Suasana peperangan ketika itu tidak mengalakkan berlakunya sebarang pelaburan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Jepun juga tidak berupaya menjalankan urusan perdagangan sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Melayu kerana dihalang oleh Tentera Bersekutu. Secara keseluruhan, kecenderungan dasar Jepun ke arah pemusatan kuasa dan perancangan ekonomi kerajaan bagi mencapai matlamat Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Namun tanpa akses kepada pasaran luar negara, ekonomi Semenanjung Tanah Melayu runtuh. Dapat dilihat tiada peluang diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu dalam Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya kerana polisi asasnya adalah mengekalkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan Jepun dan koloni tetap bagi dieksploitasi oleh pendatang Jepun. Akibatnya tentera Jepun setelah menumbangkan kuasa-kuasa Barat yang bertapak terlebih dahulu, dengan kelakuan kejam mereka ini menyebabkan penduduk tempatan tidak mungkin menerima konsep Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Ini bererti menukarkan satu bentuk penjajahan dengan satu bentuk yang lain. Eksploitasi kejam penjajahan Jepun juga mengkhianati semua propaganda dan janji-janji manis mereka mengenai Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya yang bersifat anti kolonialisme Barat.

Leseprobe lesen
Web-Ansicht
Download
EPUBMOBI
AZW/KF8
Kaufen

Empfehlen

Cover zur kostenlosen eBook-Leseprobe von »Pemikiran Pandang Ke Jepun Di Tanah Melayu Dalam Akhbar Dan Majalah Sebelum Perang Dunia Kedua«

Pemikiran Pandang Ke Jepun Di Tanah Melayu Dalam Akhbar Dan Majalah Sebelum Perang Dunia Kedua

BookRix


Kajian ini akan merungkai kewujudan pemikiran Pandang Ke Jepun di Tanah Melayu dalam akhbar dan majalah sebelum Perang Dunia Kedua. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian akhbar seperti Warta Malaya, Saudara dan Warta Ahad serta majalah seperti Al-Imam, Neracha dan Majalah Guru yang menggalakkan pemikiran Pandang Ke Jepun. Perkembangan yang berlaku di seluruh dunia ekoran dari imperialisme Barat telah mendorong masyarakat Melayu memeriksa kembali keadaan mereka. Keadaan masyarakat Melayu yang mundur dalam segenap lapangan hidup dan jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa asing semasa pendudukan British di Tanah Melayu telah menimbulkan satu perasaan kebimbangan di kalangan para intelektual untuk memajukan masyarakat mereka. Oleh kerana pihak kolonial British tidak begitu cenderung dalam menggalakkan usaha pemodenan di kalangan penduduk pribumi, sebaliknya lebih mengutamakan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi kepentingan mereka, maka tanggungjawab yang lebih besar terpaksa dipikul oleh para intelektual Tanah Melayu. Media utama yang digunakan sebagai saluran penyebaran idea dan pemikiran baru mereka ialah akhbar dan majalah. Cetusan idea mengenai pemikiran Pandang Ke Jepun di Tanah Melayu pertama kali diutarakan pada bulan Julai 1906 melalui penerbitan Al-Imam yang dipelopori oleh Kaum Muda. Di Tanah Melayu, kemunculan sebegitu banyak akhbar dan majalah dalam separuh pertama abad ke-20 amat berkait rapat dengan fenomena pemodenan. Oleh itu apabila kita hendak meneliti kewujudan pemikiran Pandang Ke Jepun dalam usaha pemodenan masyarakat Melayu pada masa ini, akhbar dan majalah merupakan dokumen sejarah yang sangat berguna. Jepun dilihat sebagai model pembangunan masyarakat Melayu kerana ia telah membina kemajuan dan menjadi begitu moden setelah menerima pengaruh Barat dan mencontohi negara-negara Barat dari pelbagai segi seperti sistem pemerintahan, ekonomi, kebudayaan, ilmu dan teknologi dalam proses pemodenan zaman Meiji. Sebahagian besar nilai-nilai mulia dan tinggi dalam masyarakat Jepun dianggap seiras dengan tuntutan Islam itu sendiri.

Leseprobe lesen
Web-Ansicht
Download
EPUBMOBI
AZW/KF8
Kaufen

Empfehlen